Tuesday, November 17, 2020

KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

B. KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

 JENIS-JENIS KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT



1.0 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
  • Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat.

  • Semasa mencari maklumat, pelajar perlulah memilih sumber yang bersesuaian dengan aras kemahiran dan kebolehan mereka.

  • Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran mencari dan mencapai maklumat dengan cepat dan tepat supaya dapat memilih bahan-bahan yang berkesan.

  • Sumber yang dapat digunakan untuk memperoleh maklumat adalah seperti berikut:
    • SUMBER MANUSIA (guru, ahli politik, pakar, penguat kuasa, orang awam, orang yang terlibat)

    • MEDIA ELEKTRONIK (audio visual- televisyen, radio, telefon pintar)
    • MEDIA BERCETAK (bahan bertulis-buku, majalah, surat khabar, jurnal, artikel, memo, kamus dan sebagainya)
    • MEDIA TIGA DIMENSI (model, boneka, terrarium dan akuarium)
                                                                        terrarium

    • SUMBER PERSEKITARAN (bunyi, cahaya, warna, bau dan sebagainya)

2.0 PENGURUSAN MAKLUMAT
  • Definisi: Proses mengenal pasti, klasifikasi, pemeliharaan, dan pemansuhan sesuatu maklumat.

  • Kesan Kemahiran Pengurusan Maklumat:
    • membantu merancang strategi bagi memperoleh pengetahuan
    • meningkatkan kerjaya
    • menguasai pelbagai kemahiran terkini
    • membolehkan pembelajaran menjadi lebih berkesan dan cekap

  • Proses Pengurusan Maklumat
  • Teknik untuk mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat sama ada fakta yang betul atau palsu:
      • membentuk sikap positif untuk menguruskan maklumat
      • melakukan tutorial atau bekerja dalam kumpulan
      • mencari mentor atau pembimbing
      • berkongsi pengetahuan
      • menerapkan pengetahuan dalam menyelesaikan masalah

  • Cara yang lebih efektif ialah mahir dalam literasi maklumat. Literasi maklumat bermaksud keupayaan mencari dan menggunakan maklumat yang menjadi kunci pembelajaran sepanjang hayat.
    • konsep literasi maklumat melibatkan beberapa kemahiran dalam mengurusukan maklumat iaitu:


3.0 PENCARIAN DI PERPUSTAKAAN
  • Peranan Perpustakaan:
    • menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran supaya tidak mengharapkan pada buku-buku teks atau kaedah tradisional.
    • melatih serta membimbing pelajar dan guru dalam menggunakan kemahiran mencari dan mengaplikasikan maklumat secra sistematik.
    • membantu guru dan pelajar melengkapkan diri dengan kemahiran dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang secukupnya.

  • Media yang terdapat di perpustakaan:
    • KAD KATALOG
      • Definisi: senarai material yang terdapat perpustakaan dan dilakukan oleh unit pengkatalogan sesebuah perpustakaan
      • Fungsi katalog:
        • merupakan satu direktori atau rekod mengenai bahan yang dimiliki
        • rekod ini membolehkan pengguna mengesan sesuatu buku atau bahan yang diperlukan merujuk kepada:
    • INDEKS DAN BIBLIOGRAFI NASIONAL MALAYSIA (keluaran PNM)
      • Definisi: senarai sumber-sumber yang dirujuk dalam menyediakan sesuatu tugasan

    • INDEKS SURAT KHABAR
      • Tujuan: disediakan untuk kemudahan pelajar mendapatkan berita dan maklumat yang disiarkan dalam akhbar

    • ABSTRAK
      • Definisi: ringkasan penuh sesebuah rencana penyelidikan, ulasan atau analisis terperinci sesebuah kajian
      • Digunakan untuk: 

4.0 PELAYARAN INTERNET
  • Internet ialah jaringan komputer antarabangsa yang terbesar dan dihubungkan dari rumah , sekolah, universiti, pejabat dan sebagainya.

  • Internet ialah singkatan daripada perkataan Inggeris iaitu international network "jaringan informasi dunia"

  • Cara mencari maklumat melalui internet:
    1. Melayari pelayar internet seperti 'Internet Explore' yang tertera pada skrin utama.
    2. Menaip enjin pencarian yang dikehendaki pada ruang yang disediakan.
    3. Menaip kata carian yang berkaitan dengan perkara atau topik yang dicari.
    4. Selepas menaip kata carian, skrin akan memaparkan laman-laman web yang memberi rangkaian dengan kata carian yang dimasukan.
    5. Klik halaman web yang dipaparkan untuk menentukan sama ada kandungannya sesuai dengan maklumat yang dicari.
    6. Mencuba carian yang lain jika tidak menjumpai maklumat yang lengkap dan sesuai.

  • Kelebihan penggunaan internet:

5.0 SUMBER PRIMER DAN SUMBER SEKUNDER
  • SUMBER PRIMER
    • Bahan yang belum diolah atau dicetak 
    • Sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal
    • Sumber yang bersifat asli dan belum ditafsir
    • Contoh: 
      • Yang Diterbitkan: laporan penyelidikan, patern, piawaian, prosiding
      • Yang Tidak Diterbitkan: kertas kerja, fail, syarikat, surat-menyurat, lukisan




  • SUMBER PRIMER 
    • Bahan atau dokumen yang telah dikaji
    • Sumber atau bahan yang telah diolah atau dicetak dan disebarkan kepada umum
    • Contoh: buku teks, buku panduan, jadual, ulasan dan sebagainya








No comments:

Post a Comment

KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT

B. KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT  JENIS-JENIS KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT 1.0 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT Aktivi...