Nota amatlah penting dalam menjalani alam pendidikan di masa kini. Dalam kehidupan di sekolah, pelajar sering diminta untuk mencatat nota ketika menghadiri sesuatu majlis, program atau kuliah secara formal. Sebagai seorang pelajar, mencatat nota amatlah penting semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang belaku kerana pelajar tidak perlu untuk mengingati semua yang dipelajari. Hal ini kerana nota boleh dijadikan satu bahan rujukan apabila terlupa sesuatu maklumat dan fakta.
2.0 CARA MEMBUAT NOTA✎
ANNOTATION
OUTLINE NOTES
COLUMN NOTES
NOTA RUMUSAN
2.1 ANNOTATION📑
📏Annotation ialah catatan nota dalam bentuk penerangan yang ringkas mengenai sesuatu topik.
📏Annotation adalah untuk memberi penjelasan yang lengkap.
📏Penjelasan tersebut dapat memberikan maklumat yang cukup untuk membuat keputusan.
📏catatan nota tersebut perlulah mengandungi:-
skop dan tujuan yang utama
bahagian-bahagian yang penting
cadangan pembaca dan tahap kesukaran
hubungan antara tugasan yang dilaksanakan
komen ringkas
📏Annotation juga merupakan catatan dan contengan yang ringkas.
📏Annotation dapat dilakukan seperti berikut:-
menggariskan fakta
menandakan isi
menggunakan tanda tanya?
menggunakan highlight
menggunakan tanda ✔ dan ✖
menggunakan pelekat nota
2.2 OUTLINE NOTES📝
📌Outline note ialah catatan nota menggunakan frasa dan kata kunci.
📌Outline note juga dibuat menggunakan tajuk besar (main points) dan tajuk kecil (sub points)
2.3 COLUMN NOTES📊
📎Column note ialah catatan nota menggunakan format berbentuk lajur.
📎Column note ini lebih sesuai bagi subjek sains dan matematik.
2.4 NOTA RUMUSAN📖
📐Nota rumusan ialah catatan nota yang dibuat dalam bentuk rumusan.
📐Mengandungi maklumat-maklumat yang diringkaskan dan ditulis dalam perenggan.
📐Nota rumusan ini lebih berfokuskan kepada isi penting.
📐Catatan nota ini boleh dibuat menggunakan ayat sendiri.
😎ALAT-ALAT BERFIKIR😎
1.0 PENGENALAN😀
Dalam meniti alam pendidikan tinggi ini, kemahiran belajar amatlah penting dan mesti dianggap satu kemahiran asas yang perlu ada dalam diri seseorang dalam mengembangkan dan menguasai sesuatu ilmu. Dalam meningkatkan kemahiran belajar ini, penggunaan alat-alat berfikir banyak membantu seseorang itu untuk meningkatkan kemahiran ini dengan lebih cepat dan berkesan. penggunaan alat berfikir yang sesuai semasa pengajaran dan pembelajaran dapat membantu seseorang itu dalam menjadikan kemahiran berfikir lebih berkesan dan sistematik.
💥contoh alat-alat berfikir yang biasa digunakan:
💥Pengunaan alat-alat berfikir ini dapat membantu untuk :
1. mengembangkan kemahiran berfikir.
2. menyampaikan idea yang lebih sistematik, jelas dan mudah faham.
3. memudahkan untuk mengingat sesuatu maklumat.
💥Alat berfikir merupakan intrumen yang membantu kita menggunakan minda dengan lebih sistematik dan berkesan. Dengan menggunakan alat berfikir, seseorang itu dapat menyampaikan idea dengan lebih tersusun, jelas dan mudah difahami.
2.0 PENGURUSAN GRAFIK💻
📱pengurusan grafik adalah sama dengan penggunaan borang grafik.
📱pengurusan grafik digunakan dengan melibatkan pola penyusunan yang mewakili hubungan antara sesuatu maklumat bagi sesuatu idea.
📱ilustrasi merupakan salah satu bentuk pengurusan grafik yang dapat membantu seseorang itu dalam menyusu sesuatu idea dengan lebih menarik dan berkesan.
📱kebaikan menggunakan pengurusan grafik:
1. menyusun idea dengan lebih mudah.
2. membentuk satu bahagian-bahagian dengan lebih tersusun.
3. menjadikan seseorang itu lebih fokus.
4. mengelakkan seseorang itu berfikiran sempit dan kabur.
4. memfokuskan bahagian-bahagian yang kecil dan keseluruhan.
5. memeriksa andaian sebelum bertindak.
3.0 PETA MINDA🧠
📯Peta minda dapat digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir seseorang. Peta minda adalah salah satu alat berfikir yang sering digunakan oleh pelajar-pelajar untuk tujuan pembelajaran, ingatan dan menyelesaikan masalah.
📯Menurut Buzan (2003) peta minda digunakan dalam pelbagai bentuk dan aplikasi termasuk dalam bidang pendidikan dan pembelajaran, iaitu sering kali diajar sebagai "jaring" atau "penjaringan", merancang dan pengilustrasian dalam kejuruteraan.
📯peta minda ini menyerupai peta konsep yang digunakan pada tahun 60-an tetapi peta minda lebih berjejari dan ringkas dengan mempunyai hanya satu kata kunci ditengah-tengah pusatnya.
📯Kebaikan menggunakan peta minda:
1. dapat mengembangkan kreativiti.
2. dapat menggunakan kedua-dua belah otak seperti otak kanan (gambaran) dan otak kiri (kenal pasti).
3. dapat membuat nota yang ringkas dan mudah.
4. dapat memudahkan untuk mengingat.
5. dapat aplikasikan idea dalam gambaran dan kata kunci.
📯cara membuat peta minda
1. tajuk diletakkan di bahagian tengah
2. menggunakan anak panah, warna, rajah dan kod untuk menunjukkan hubungan antara tajuk utama dan isi penting.
3. kreatif dengan menggunakan lukisan, lorekan atau gambar yang dapat membantu untuk memahami.
📯Jenis Peta Minda:
🌳Peta Minda Jenis Pokok
🌊Peta Minda Jenis Alir
📍Peta Minda Jenis Kitaran
⛜Peta Minda Jenis Cabang
🐠Peta Minda Jenis Ikan
3.0 PEMETAAN i-THINK🤔
❓Pemetaan i-THINK digunakan bagi tujuan meningkatkan dan membudayakan kemahiran belajar dalam diri pelajar.
❓pemetaan i-THINK juga dapat merangsang daya berfikir seseorang.
❓menggunakan pemetaan i-THINK dapat memudahkan seseorang itu untuk memahami sesuatu idea dengan lebih mendalam.
❓Kelebihan menggunakan pemetaan i-THINK
1. mengembangkan proses dalam menggunakan minda.
2. memudahkan pencarian makna dan pemahaman terhadap sesuatu idea.
3. mengembangkan idea dan ciptaan.
4. memilih cara yang terbaik dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
5. membantu untuk membuat refleksi dan meningkatkan kesedaran tentang proses berfikir dan pembelajaran.
❓Jenis-jenis peta pemikiran yang terdapat dalam Pemetaan i-THINK
1. Peta Bulatan (Circle Map)
2. Peta Buih (Bubble Map)
3. Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)
4. Peta Pokok (Tree Map)
5. Peta Dakap (Brace Map)
6. Peta Alir (Flow Map)
7. Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)
8. Peta Titi (Bridge Map)
4.0 TEKNIK MENYOAL ARAS TINGGI🎇
🎓Menyoal adalah alat perkembangan minda yang paling penting.
🎓Penguasaan dalam kemahiran belajar dan kemahuan untuk terus belajar akan dapat diperoleh apabila seseorang itu mahir dan pandai menyoal.
🎓Kebaikan Penggunaan teknik menyoal aras tinggi.
dapat kenal pasti apa yang diketahui oleh seseorang
dapat melibatkan diri dalam pembelajaran
dapat memotivasikan diri
dapat menimbulkan minat
dapat mengetahui kelemahan diri
antara teknik menyoal aras tinggi:-
a) KAEDAH SOKRATIK👴
💨mengemukakan soalan kepada pelajar supaya mereka dapat berfikir dan menyusun agar mereka dapat menjawab soalan dan membuat kesimpulan.
💨soalan yang baik merangkumi aspek skop dan fokus.
💨memahami dengan jelas aras soalan mengikut taksonomi bloom.
💨6 jenis soalan
Soalan
penjelasan
Soalan
merangsang andaian
Soalan
merangsang sebab & bukti
Soalan
berkaitan pandangan & idea
Soalan
merangsang kesan & akibat
Soalan
berkaitan soalan
b) SOALAN BERTUMPU DAN BERCAPAH💬
soalan bertumpu
👀soalan bertumpu lebih memfokuskan terhadap soalan aras rendah dan soalan tertutup.
👀mempunyai jawapan yang terhad
👀sesuai digunakan untuk menguji ingatan
👀lebih bersifat objektif
soalan bercapah
😄soalan bercapah lebih memfokuskan terhadap soalan aras tinggi dan soalan terbuka.
😄mempunyai jawapan yang luas
😄sesuai digunakan untuk menguji penaakulan dan pentafsiran
😄lebih bersifat subjektif
c) LINGKARAN SOALAN📃
💭Linkaran soalan menumpukan kepada 3 skop khusus iaitu perkara, individu dan luar individu
💭gabungan antara tiga skop ini dapat menghasilkan soalan yang boleh meningkatkan kemahiran berfikir.
5.0 ALAT-ALAT CoRT 1🔑
🔓Program Cognitive Research Trust yang diperkenalkan oleh Edward De Bono sering digunakan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
🔓mempunyai enam bahagian CoRT:-
CoRT 1: Keluasan Persepsi
CoRT 2: Organisasi Proses Berfikir
CoRT 3: Interaksi, Argumen, Pemikiran Kritis
CoRT 4: Pemikiran Kreatif
CoRT 5: Maklumat Dan Perasaan
CoRT 6: Tindakan
🔓Tujuh teknik asas dalam penggunaan CoRT 1:-
PMI - Plus, Minus, Interesting (senaraikan baik,buruk dan yang menarik)
CAF - Consider All Factors ( Mengambil kira semua faktor)
C&S - Consequence and Sequal (memberi kesan dan akibat daripada kesan)
AGO - Aims, Goals, Objective (tujuan, matlamat, objektif)
🔅CoRT IV ialah asas teknik kreatif, prosedur dan sikap.
🔅Digunakan dalam cara yang sengaja.
🔅Membantu menggunakan akal fikiran secara kritis dan berkesan.
🔅Sepuluh teknik asas dalam penggunaan CoRT IV:-
YA, TIDAK, PO.
(menilai sesuatu sama ada benar, salah atau sesuatu yang kreatif)
BATU LONCATAN.
(idea yang boleh digunakan sebagai satu pengembangan menjadi idea yang kreatif)
INPUT RAWAK.
(mengkaitkan dua idea secara rawak dan mencetuskan idea yang kreatif)
CABARAN KONSEP.
(mengambil satu konsep dan mengembangkannya untuk menghasilkan sesuatu)
IDEA DOMINEN.
(mengekalkan satu idea supaya tidak bercampur)
TAKRIFKAN MASALAH.
(medefinisikan masalah dan menyelesaikannya)
SINGKIRKAN KECACATAN.
(kenal pasti kecacatan lalu mencari jalan untuk singkirkannya)
KOMBINASI.
(menggabungkan beberapa perkara menjadi perkara yang lebih baik)
KEPERLUAN.
(kenal pasti keperluan situasi supaya idea dapat dibentuk dengan betul)
PENILAIAN.
(menilai sama ada idea yang dikeluarkan boleh digunakan atau tidak)
RUJUKAN 📚
Buzan, Tony (2003). Mind maps for Kids: The Shortcut to Success at school. London:
Thorsons. m.s. 2, 5, 10, 34, 44, 52, 58, 64, 74.
Kiong, Tee Tze and Md Yunos, Jailani and Mohamad, Baharom
and Othman, Widad and Heong, Yee Mei (2010) Kepentingan peta minda sebagai alat
berfikir dalam mengambil nota kuliah. In: International Conference On Education
2010, 24-27 Mei 2010, Brunei Darussalam.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2012). Kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur:
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
No comments:
Post a Comment