B. KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
JENIS-JENIS KEMAHIRAN PEROLEHAN DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
1.0 PENCARIAN SUMBER MAKLUMAT
- Aktiviti yang dilaksanakan secara terancang bagi mencari dan mendapatkan maklumat, bertujuan memenuhi sesuatu maklumat.
- Semasa mencari maklumat, pelajar perlulah memilih sumber yang bersesuaian dengan aras kemahiran dan kebolehan mereka.
- Pelajar juga perlu mempunyai kemahiran mencari dan mencapai maklumat dengan cepat dan tepat supaya dapat memilih bahan-bahan yang berkesan.
- Sumber yang dapat digunakan untuk memperoleh maklumat adalah seperti berikut:
- SUMBER MANUSIA (guru, ahli politik, pakar, penguat kuasa, orang awam, orang yang terlibat)
- MEDIA ELEKTRONIK (audio visual- televisyen, radio, telefon pintar)
- MEDIA BERCETAK (bahan bertulis-buku, majalah, surat khabar, jurnal, artikel, memo, kamus dan sebagainya)
- MEDIA TIGA DIMENSI (model, boneka, terrarium dan akuarium)
- SUMBER PERSEKITARAN (bunyi, cahaya, warna, bau dan sebagainya)